Cara Mudah Buat QR Code My Sejahtera


QR Code My Sejahtera sangat penting buat masa kini bagi memudahkan urusan untuk individu yang datang berkunjung ke kedai, sekolah mahupun majlis perkahwinan.

Dengan adanya My Sejahtera ini, akan mempermudahkan bagi mengesan individu yang berkunjung ke sesuatu tempat sekiranya dijangkiti covid-19.

Namun demikian, tahukah anda bagaimana cara untuk membuat QR Code My Sejahtera?

Berikut kami kongsikan cara-cara untuk membuat QR Code My Sejahtera:

Cara Buat QR Code My Sejahtera

Berikut ialah cara untuk buat QR code untuk MySejahtera untuk kemudahan semua:
1. Pergi ke portal rasmi MySejahtera di sini: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
2. Tekan butang Register MySejahtera Check-In
3. Jika anda belum pernah mendaftar sebelum ini, anda perlu mendaftar sebagai pengguna baru
4. Masukkan maklumat yang dipinta seperti berikut:
  • Country code: Malaysia (Bermula dengan kod +60)
  • Masukkan nombor telefon bimbit
  • Tandakan I’m not a robot
  • Pilih gambar yang terpapar
  • Contohnya, jika keluar pernyataan Select all images with bus, pilih semua gambar yang ada gambar bas
  • Tekan butang VERIFY
  • Tekan butang Register
5. Tunggu sehingga anda menerima OTP melalui SMS untuk proses verifikasi nombor telefon
6. Masukkan OTP yang diterima
7. Tekan butang Submit
8. Isikan maklumat premis dalam bahagian Registration untuk Company Profile seperti:
  • User Name
  • Business Name
  • Contact Name
  • Current Address
  • Postcode
  • State
9. Jika anda mahu buat kenduri dan ingin memudahkan tetamu yang hadir, masukkan sahaja alamat rumah di bahagian Company Profile ini. Paling utama, di bahagian Business Name, sila masukkan nama kenduri anda contohnya " Kenduri Kahwin Syahir".
10. Jika anda mahu QR Code untuk sekolah dan ingin memudahkan pelajar masuk ke sekolah, masukkan sahaja nama sekolah di ruangan Business Name. Contohnya, di bahagian Business Name, boleh masukkan ‘Sekolah Kebangsaan Cyberjaya’ dan ‘Sekolah Menengah Kebangsaan Meru’.
11. Tekan butang Submit
12. Pendaftaran My Sejahtera anda kini sudah selesai
13. Anda sekarang boleh buat QR Code dengan tekan butang Print di bahagian bawah sebelah kiri
14. Sekiranya anda tidak mempunyai pencetak atau printer, boleh pilih Email me atau Download terlebih dahulu. Anda boleh simpan dahulu dan cetak nanti.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Post a Comment

0 Comments