BPN Fasa 2 Januari 2021: Semakan Status, Jumlah dan Tarikh Bayaran

 

Kementerian Kewangan memaklumkan melalui postingnya di laman sosial facebook bahawa bayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada serta 460 ribu penerima baharu akan dipercepatkan. 


Semua permohonan baharu telah diluluskan semasa tempoh permohonan/rayuan yang telah dibuka pada 15 Oktober sehingga 15 November 2020 lalu.


Berikut kami kongsikan maklumat terkini pembayaran BPN 2.0 yang perlu anda tahu:

Cara Semakan BPN 2.0 Fasa Kedua

Semakan kelulusan BPN 2.0 bagi yang membuat rayuan boleh dibuat di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional.


Berikut merupakan langkah untuk membuat semakan:
  1. Layari laman web BPN di bpn.hasil.gov.my.
  2. Kemudian, Masukkan nombor IC anda
  3. Seterusnya, Isi kod captcha yang diminta
  4. Akhir sekali, Maklumat pembayaran BPN 2.0 akan dipaparkan

Jumlah Pembayaran  Fasa kedua BPN 2.0 



Lampiran Mengenai Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut tentang semakan BPN, sila hubungi Hotline Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDNM di talian berikut:
Kementerian Kewangan Malaysia:
  • 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • LHDNM
  • 1-800 882 747 / 03-8911 1000


Untuk sebarang rujukan bagi soalan lazim BPN 2.0 anda bolehlah layari Permohonan Baharu BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0.

Semoga artikel ini bermanfaat bagi anda dan keluarga.