Permohonan Bantuan Persekolahan RM400 Tahun 2021



Sempena pembukaan semula sekolah Tahun 2021, Majlis Agama Islam WP memperuntukkan sebanyak RM9.13 Juta melalui dana zakat. Daripada jumlah itu, seramai 27,246 pelajar daripada keluarga asnaf bakal menerima bantuan ini merangkumi pembelian pakaian serta peralatan persekolahan bagi sesi persekolahan Tahun 2021.

Sekiranya anda merupakan golongan asnaf dan mempunyai anak/ tanggungan yang masih bersekolah, anda kini boleh membuat semakan bagi bantuan Kasih Asnaf Back To School "Pilih & Pulang" yang dikelolai oleh Majlis Agama Islam WP.

Konsep bantuan ini adalah "Pembelian tanpa perlu pembayaran" yakni penebusan di lokasi lokasi yang telah dipilih. Sebenarnya, penebusan sedang berlangsung bermula dari 23 Disember 2020 sehingga 20 April 2021.

Semakan Status Kelayakan Asnaf

1. Layari laman sesawang https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/maiwp-kasih-asnaf-bantuan-pakaian-peralatan-persekolahan.
2. Tekan butang 'Semak di Sini'.
3. Masukkan No. KP pelajar.
4. Keputusan semakan akan dipaparkan.

Tarikh Penebusan

Bermula 23 Disember 2020 sehingga 30 April 2021

Masa Penebusan

Tertakluk kepada waktu operasi kedai/ pasaraya

Sekolah Yang Layak

  • Sekolah Rendah
  • Sekolah Rendah & Sekolah Rendah Agama/ KAFA
  • Sekolah Menengah
  • Sek. Rendah & Sek Rendah Agama/ KAFA/ Pelajar Darul Kifayah
  • Sek. Menengah/ Pelajar Darul Kifayah
  • SMAMAIWP/ SMISTA

Cara Melakukan Penebusan & Pembelian

1. Peserta hendaklah pergi ke kedai/ pasaraya berdaftar.
2. Peserta harus memilih barang keperluan persekolahan.
3. Peserta memberi kad MyKad/ MyKid/ Kad Pintar kepada juruwang.
4. Peserta melakukan semakan baki kad.
5. Juruwang akan scan/ kira barang dengan sistem pos.
6. Hanya barang yang tersenarai lulus untuk pembayaran.
7. Juruwang memasukkan kad ke dalam terminal pembayaran.
8. Peserta akan masukkan pin ke terminal pembayaran.
9. Resit dicetak, memaparkan baki kad awal, pembelian dan baki akhir kad.

Rujuk tatacara pada rajah dibawah:


Soalan Lazim (FAQ)

1. Bagaimanakah agihan bantuan ini dijalankan?

→ Setiap penerima perlu membawa bersama MyKad / MyKid dan diserahkan kepada counter pembayaran semasa transaksi dilakukan.

→ Jumlah peruntukan adalah tertakluk kepada jumlah yang diluluskan oleh MAIWP kepada setiap penerima dan pembelian barang keperluan peralatan sekolah boleh dilakukan di mana-mana kedai / pasaraya yang dilantik oleh MAIWP mulai 23 Disember 2020 sehingga 30 April 2021.

2. Apakah kemungkinan terjadi jika saya tidak membeli barangan wajib terlebih dahulu?

→ Sekiranya, anda memilih untuk tidak melengkapkan pembelian barangan wajib dahulu, transaksi jualan tersebut adalah tidak sah dan batal. Barangan wajib perlu dihabiskan penubusan sebelum anda dibenarkan membeli barangan keperluan peralatan sekolah yang lain.

3. Adakah saya boleh memilih mana-mana merchant/ outlet bagi setiap penebusan barangan?

→ Ya, anda berhak menebus di mana-mana merchant / outlet yang terpilih bagi tujuan penebusan.

4. Bagaimanakah cara bagi membuat pembelian jika anda adalah bukan pemegang MyKad?

→ Anda perlu menunjukkan kad pintar (Kad MAIWP Kasih Asnaf) sebagai bukti yang anda adalah penerima yang sah ketika membuat pembelian. Juruwang hanya akan meneruskan proses jualan dikaunter setelah mengesahkan kad pintar anda.

5. Jika MyKad saya rosak/ hilang atau tidak boleh digunakan lagi, apakah yang perlu dilakukan?

→ Apabila situasi di mana MyKad anda rosak atau cip MyKad gagal disahkan, transaksi jualan secara manual akan dilakukan melalui terminal yang disediakan. Sila hubungi talian Khidmat Pelanggan kami ditalian 603-7720 1800.

→ Anda diminta untuk membuat MyKad yang baru dicawangan JPN yang berhampiran secepat mungkin bagi memastikan tiada sebarang masalah ketika melakukan transaksi pada masa akan datang. Kami menyarankan supaya anda sentiasa membawa MyKad bersama anda. Jika MyKad gagal diserahkan ketika membuat pembelian, transaksi tersebut tidak akan diteruskan atau dibatalkan serta merta.

6. Apakah Terma dan Syarat Pemulangan/ Penukaran bagi pakaian seragam atau barang keperluan peralatan sekolah yang lain?

→ Produk boleh dikembalikan dan digantikan di kaunter khidmat pelanggan di cawangan dimana pembelian dilakukan.

→ Pemulangan / penukaran barandan hendaklah dilakukan di dalam tempoh 7 hari daripada tarikh pembelian dengan syarat:
  • Resit asal pembelian disertakan.
  • Barangan masih berada di dalam keadaan yang baik di dalam pembungkusan yang asal.
  • Tag harga tidak ditanggalkan.
7. Dimanakah saya boleh menempah pakaian seragam sekolah bagi saiz yang tidak di kedai/ pasaraya?

→ Saiz pakaian seragam sekolah yang sukar didapati dikedai / pasaraya boleh ditempah dirangkaian pembekal seperti Canggih.