Bantuan Covid-19 Sabah 2.0 RM128.98 Juta, Peruntukan RM97.4 Juta Bantuan 'One-Off' Sebanyak RM300 Untuk Rakyat Sabah



Berita baik untuk penduduk Sabah, Kerajaan Negeri Sabah telah pun Bersetuju untuk melaksanakan Bantuan Prihatin Covid-19 2.0 kepada penduduk rakyat Sabah yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan. 

Bantuan RM128.98 Juta Untuk Rakyat Sabah


Melalui kerajaan negeri Sabah, peruntukan sebanyak RM97.4 Juta bantuan 'One-Off'  sebanyak RM300.00 seorang dijangkakan akan memberi manfaat kepada 326.661 ribu rakyat Sabah.

Antara golongan yang layak menerima bantuan ini ialah:

  • e-kasih
  • B40
  • Anak Yatim
  • Orang Tua
  • Orang Kurang Upaya 
  • Ibu Tunggal
  • Petani
  • Nelayan
  • Pekebun Kecil
  • Penternak
  • Pemandu Pelancong
  • Malim Gunung
  • Porters
  • Penggiat Seni
  • Pemandu Teksi
  • Pemandu Bas
  • Pemandu Lori
  • Penjaja

NADMA Peruntukan RM31.58 Juta Bantuan Bakul Makanan


Selain itu juga, peruntukan NADMA berjumlah RM31.58 juta bagi perbelanjaan bakul makanan kepada penduduk Sabah yang terkeasn akibat arahan perintah kuarantin di rumah dan lokaliti terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan.


Bantuan Prihatin Covid-19 2.0 Sabah



Semoga perkongsian artikel ini bermanfaat untuk anda.