Bantuan RM100 Asuh Pintar: Yuran Taska / Nurseri Tahun 2021 Untuk Anak Anda



Tahukah anda, permohonan bagi Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (singkatannya: Asuh Pintar) Tahun 2021 telah dibuka. Skim ini berupa bantuan sejumlah RM100 sebulan untuk anak-anak berusia 4 tahun dan ke bawah.

Skim ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Bantuan ini akan dibayar terus ke taska atau nurseri yang terlibat.

Melalui skim yang baru diperkenalkan ini, ibu bapa yang telah memenuhi syarat kelayakan bakal menerima bantuan yuran Taska ataupun Nurseri bagi anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan.

Sebelum ini pada Tahun 2020, sebanyak 728 permohonan diluluskan melibatkan 121 taska berdaftar serta peruntukan sebanyak RM636,300. Sebelum ini, Asuh Pintar dikenali sebagai 'SIKEMBAR'.

Permohonan Bantuan RM100 ini adalah setiap 15 haribulan setiap bulan bagi melayakkan diri menerima manfaat untuk bulan tersebut. Maknanya, permohonan bagi manfaat bulan Februari 2021 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Februari 2021. Begitulah bagi bulan bulan seterusnya.

Syarat Kelayakan Bantuan RM100 Yuran Taska/ Nurseri Tahun 2021

  • Pemohon Mestilah Seorang Warganegara Malaysia:
- Dilahirkan serta Menetap di Selangor; ATAU
- Tidak Dilahirkan di Selangor Tetapi Telah Menetap Secara Sah di Selangor Sekurang-kurangnya 5 Tahun (Perlu Mendapatkan Pengesahan Ketua Kampung/ Pengerusi Taman Perumahan Tempat Pemohon Menetap)
  • Pendapatan Isi Rumah Hendaklah RM5,000 Kebawah
  • Suami dan Isteri yang Bekerja
  • Anak Hendaklah Berumur 4 Tahun dan Kebawah
  • Permohonan ini Terhad Untuk 2 Orang Anak Sahaja
  • Taska Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM
  • Ibu Bapa Merupakan Pengundi Berdaftar di SPR

Cara Lihat Senarai Taska/ Nurseri Berdaftar

Sekiranya kriteria pemohon telah menepati syarat kelayakan yang diperlukan, pemohon hendaklah menyemak Taska / Nurseri berdaftar dengan JKM.

Senarai Taska dan Nurseri tersebut boleh dirujuk melalui pautan http://asuhpintarv2.yawas.my/web/taska.php

Taska dan Nurseri terbabit disenaraikan melalui persempadanan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Cara Mohon Bantuan RM100 Yuran Taska/ Nurseri Tahun 2021

  1. Layari laman web http://web/semakaasuhpintarv2.yawas.myn.php?kp=.
  2. Masukkan nombor KP pemohon dan klik 'Semak'.
  3. Kemudian, klik 'Permohonan Baru'.
  4. Sila isi maklumat diperlukan secara lengkap dan betul.
  5. Klik 'Daftar' untuk hantarkan permohonan.
  6. Cetak borang permohonan terbabit.
  7. Hantarkan borang permohonan serta dokumen sokongan ke email asuhpintar@gmail.com atau pos ke alamat:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Senarai Dokumen Sokongan Diperlukan Bantuan RM100 Yuran Taska/ Nurseri Tahun 2021

  • Borang Pendaftaran Online yang Dicetak Sistem
  • Salinan Sijil Lahir Anak yang Dipohon
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu
  • Salinan Kad Pengenalan Bapa
  • Slip Gaji Ibu (Pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja/ suri rumah)
  • Slip Gaji Bapa (Pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja/ suri rumah)
  • Cop Pengesahan Mastautin (Bagi bukan kelahiran Selangor)
  • Salinan Pengesahan Pendaftaran SPR Bagi Ibu dan Bapa.
  • Bagi pemohon yang tidak dilahirkan di Selangor pula, antara dokumen tambahan yang perlu dilampirkan adalah: - Salinan Bil Air/ Elektrik/ TM/ Astro/ Muka depan Buku Merah Ibu; ATAU Cop Pengesahan Bermastautin (Harus dicop di borang permohonan).

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda memiliki sebarang pertanyaan dan kemusykilan, bolehlah hubungi pihak YAWAS pada talian 03-54818800 atau layari terus laman sesawang http://asuhpintarv2.yawas.my/ untuk maklumat lanjut.