20 Perkara Wajib Anda Buat Apabila Umur Melepasi Fasa 20-an



Apabila meningkat dewasa, terdapat banyak perkara yang perlu kita lakukan. Semakin kita tua semakin banyak tanggungjawab yang perlu kita lakukan. Ini adalah fasa-fasa kita belajar untuk menjadi dewasa sebagai seorang manusia. 

Fasa-fasa ini perlu kita nikmati dan perlu untuk kita pelajari setiap hari. Melepasi umur angka 20-an ini adalah fasa tentang masa depan, memikirkan kerja, pendapatan harian, bagaimana cara untuk membalas jasa ibu bapa, belajar agama dan pelbagai benda-benda lain yang perlu dan wajib untuk dibelajar bagi menjadi dewasa.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, setiap manusia punya ujian yang tersendiri dalam kehidupannya. Mari kita semak 20 perkara wajib untuk anda pelajari dan amalka apabila umur melepasi fasa 20-an.

“20 Checklist Wajib Apabila Umur Melepasi Fasa 20-an”

1.Buka akaun Asb
2.Buka akaun Tabung Haji
3.Amalkan gaya hidup sihat
4.Berlatih untuk tidak meninggalkan solat
5.Belajar ilmu agama sebagai persediaan sebelum berkahwin
6.Belajar kemahiran baru untuk tigkatkan keyakinan diri
7.Mempunyai simpanan kecemasan sekurang-kurangya 2-3 bulan gaji.
8.Membuat kira-kira sebelum menambah komitmen dan hutang.
9.Berjasa kepada ibu bapa tidak kira dari segi wang atau tenaga.
10.Belajar solat jenazah sebagai persediaan di masa akan datang.
11.Berbincang mengenai masa depan dengan rakan-rakan secara serius.
12.Letakkan matlamat hidup sekurang-kurangnya 5 tahun ke hadapan.
13.Berfikir panjang sebelum menjadi “guarantee” kepada pinjaman adik-beradik lain.
14.Lebihkan fokus kepada diri sendiri.Abaikan “toxic people”.
15.Tidak memainkan perasaan orang lain,lebih serius di dalam hubungan dan bermatlamat.
16.Belajar ilmu beli rumah untuk digunakan pada masa depan.
17.Cari kawan yang berkualiti,bukannya hanya pada kuantiti.
18.Beri manfaat dan inspirasi kepada golongan remaja.
19.Baca al quran sehari satu muka.Jika tidak reti,belajar.Tidak perlu malu.
20.Tahu membezakan di antara keperluan dan kehendak di dalam perbelanjaan harian.

Apabila umur kita semakin meningkat, maka semakin banyak pula tanggungjawab yang terpikul di beban bahu kita. Santai dan nikmati saja prosesnya. Terus kuat dan fokus kepada matlamat apa yang ingin kita capai dalam hidup kita. 

Selamat menjadi dewasa dan selamat menikmati proses tanggungjawab sebagai seorang manusia di muka bumi tuhan. Maju terus!

Kredit: Aidil Adha