Isu Semasa
Cara Permohonan Baharu i-SINAR KWSP Secara Online
i-Sinar merupakan sebuah inisiatif yang telah diumumkan kerajaan dalam usaha mendepani pandemik Covid-19 bagi Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis ini agar dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
- Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
- Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
- Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my
Syarat Permohonan i-Sinar KATEGORI 1
Apakah kriteria permohonan i-Sinar bagi golongan dalam Kategori 1?
Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
Tarikh Permohonan
Permohonan bagi Kategori 1 adalah mulai 21 Disember 2020. Tempoh permohonan akan dibuka selama 6 bulan.
Apakah kriteria permohonan i-Sinar bagi golongan dalam Kategori 1?
- Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun
- Ahli sudah lama tidak mencarum
- Ahli seorang suri rumah
- Ahli bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
- Ahli hilang pekerjaan
- Ahli diberi cuti tanpa gaji
- Ahli hilang sumber pendapatan
Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
- Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
Permohonan bagi Kategori 1 adalah mulai 21 Disember 2020. Tempoh permohonan akan dibuka selama 6 bulan.
Cara Permohonan Online i-Sinar Kategori 1
Langkah Permohonan i-Sinar Kategori 1 secara online adalah seperti berikut
- Layari laman web isinar.kwsp.gov.my
- Isikan nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
- Tekan TERUSKAN
- Isikan NOMBOR OTP yang diterima melalui SMS dan SAHKAN OTP / Jawab SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan
- Tetapkan AMAUN PILIHAN
- Tetapkan BAYARAN BULAN PERTAMA dan tekan TERUSKAN
- Lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON yang WAJIB diisi.
- Lengkapkan MAKLUMAT PEMBAYARAN dan tekan TERUSKAN
- Semak MAKLUMAT PEMOHON dan MAKLUMAT PEMBAYARAN dan tandakan ‘tick’ sebelum HANTAR
- Permohonan anda diterima dan akan diproses.
NOTA:
- Tiada dokumen sokongan diperlukan
- Kelulusan adalah automatik berdasarkan data dalaman KWSP
- Ahli hanya perlu mohon secara online melalui isinar.kwsp.gov.my
- Pembayaran bagi ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021
Jumlah Pengeluaran Yang Dibenarkan
Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut
Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut
Cara Pembayaran Dibuat
- Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
- Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.