[Foto] KWSP Seluruh Negara Sesak Diserbu Orang Ramai


Hari ini tular beberapa keping foto di media sosial berkenaan situasi semasa di pejabat KWSP di beberapa lokasi seluruh negara. Foto tersebut meggambarkan keadaan sesak pejabat KWSP yang dikunjungi oleh ahli KWSP. Difahamkan, orang ramai mengunjungi pejabat KWSP untuk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan lanjut berkaitan bayaran i-Lestari dan i-Sinar yang dikhabarkan akan diperincikan hari ini.

Di Kluang, pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai pengoperasian semula cawangannya semalam, menyebabkan ada ahli yang beratur di luar premis itu seawal 8 pagi, hari ini untuk berurusan. Noraini Sahid, 37, berkata, dia menyangka dengan hadir sebelum waktu operasi akan memudahkannya urusan, sebaliknya lain yang berlaku.

Pejabat KWSP di Kluang

"Saya sudah berbaris 40 minit namun belum dapat masuk untuk berurusan. Ketika saya tiba, ramai orang yang sudah beratur menunggu giliran. KWSP perlu pertimbangan untuk menambah kaunter atau alternatif lain mengelakkan orang menunggu.

"Saya hanya mahu mengeluarkan penyata sahaja. Pengurusan KWSP perlu pertimbangkan untuk menambah kaunter atau alternatif lain agar mengelak orang menunggu dan berkumpul di sini," katanya ketika ditemui di cawangan KWSP di sini. Maklum mengenai kemudahan dalam talian namun, katanya, bukan semua pencarum berkemahiran menggunakan sistem itu atau mempunyai i-Akaun.

Pejabat KWSP di Kota Kinabalu

Turut menunggu, Nur Ishak Abd Rahim, 26, yang memberitahu beratur hampir sejam sebelum dapat berurusan disebabkan jumlah ahli menunggu yang ramai. Katanya, dia bimbang risiko penularan Covid-19 disebabkan orang yang ramai dan cenderung mengabaikan penjarakan fizikal ketika beratur menunggu giliran.

Pejabat KWSP di Johor Bahru

Pejabat KWSP di Kulim

Orang ramai berharap KWSP bantu permudahkan urusan sekaligus mencegah penularan Covid-19. "Pihak KWSP perlu ambil langkah elak orang ramai beratur panjang begini. Bukan hanya untuk memudahkan urusan kami tapi secara tidak langsung membantu mencegah penularan Covid-19. Kita tidak tahu siapa pembawa," katanya. Dalam pada itu, pengurusan KWSP Cawangan Kluang belum dapat dihubungi untuk sebarang kenyataan.

Sumber: Hmetro.com