Bantuan Kebajikan Warga Emas JKM RM500 Tahun 2021



Tahukah anda, dalam belanjawan 2021, Menteri Kewangan telah pun mengumumkan kenaikan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua daripada RM350 kepada RM500. 

Pada tahun 2021, warga emas atau orang tua yang layak dan telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500.

Sebenarnya, bantuan bagi warga emas ini diuruskan olej Jabatan Kebajikan Malaysia yang merupakan antara sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Bantuan ini bertujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti. 


Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat untuk memohon bantuan yang perlu dipenuhi oleh orang tua dan warga emas:
  • Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Hendaklah berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
  1. Institusi kendalian JKM; atau
  2. Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma; atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Cara Memohon Bantuan Warga Emas

Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu mendaftar melalui atas talian iaitu:

  1. Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp.
  2. Klik pada butang ‘Daftar Permohonan.’
  3. Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan.
  4. Setelah selesai, klik butang ‘Daftar.’
  5. Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk melalui link http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/directory&id=UzlRTjkxUVFUa2Q5a0hFVm1UQXZuUT0.
  6. Bawa bersama dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa ketika berkunjung ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti berikut:
  • Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Soalan Lazim

Jika saya sudah berumur 65 tahun, adakah saya layak memohon Bantuan Warga Emas?

Boleh, namun tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan lain yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Adakah warga emas yang tinggal di Rumah Jagaan Orang Tua layak untuk memohon bantuan ini?

Tidak. Bantuan ini diberikan hanya untuk warga emas yang tinggal di dalam komuniti dan bukannya di bawah mana-mana pusat jagaan.

Adakah warga emas yang bukan warganegara Malaysia layak memohon bantuan ini?

Tidak. Bantuan ini hanya diperuntukkan kepada warga emas warganegara Malaysia sahaja.

Jika saya sudah memohon secara atas talian namun tidak hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk menyerahkan dokumen, adakah permohonan saya akan diterima?

Tidak. Pemohon mesti menghantar dokumen yang diperlukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran untuk proses verifikasi.

Maklumat & Pertanyaan Lanjut

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di alamat:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

No Tel: 03-8000 8000

Semoga perkongsian ini akan bermanfaat untuk anda.

Kredit: Semakanonline