Belanjawan 2021: B40 Terima RM180 Kredit Komunikasi - Mingguan Kerja!

Terkini

Friday, November 6, 2020

Belanjawan 2021: B40 Terima RM180 Kredit Komunikasi


KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM1.5 bilion bagi melaksanakan Program Jaringan Prihatin bertujuan mengurangkan beban kewangan golongan B40 mendapatkan kemudahan Internet.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata bermula suku pertama 2021, kira-kira lapan juta penerima daripada golongan B40 akan menerima bantuan RM180 seorang dalam bentuk kredit telekomunikasi.

Beliau berkata, bantuan itu boleh digunakan untuk perbelanjaan langganan Internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baharu.

"Pada masa sama, syarikat telekomunikasi akan menyediakan manfaat bernilai RM1.5 bilion seperti dalam bentuk data percuma," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.