Rujuk Permohonan Pengeluaran RM500 KWSP Akaun-1 - Mingguan Kerja!

Terkini

Friday, November 6, 2020

Rujuk Permohonan Pengeluaran RM500 KWSP Akaun-1

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) daripada Akaun 1 secara bersasar menerusi Belanjawan 2021.

PENGELUARAN RM500 KWSP AKAUN-1

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran secara bersasar itu akan membolehkan ahli KWSP mengeluarkan RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

"Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.

"Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.

PERMOHONAN PENGELUARAN RM500 KWSP AKAUN-1

"Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion," katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.Jelas beliau, ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021. 


Antara inisiaitf lain, Tengku Zafrul berkata, kadar caruman minimum KWSP pekerja turut dikurangkan daripada 11 kepada 9 peratus mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay.

"Ini akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion.
"KWSP juga telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada bulan April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan, selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000," katanya.


Skim tersebut ujar beliau telah memanfaatkan 4.7 juta ahli dengan nilai RM11.6 bilion.