Rasmi: Cara Mohon Lanjutan Moratorium Untuk B40, M40 dan T20


Berita baik sekiranya anda ada tanggungan bulanan seperti rumah dan kereta. Menteri Kewangan mengingatkan kelulusan untuk moratorium ke atas pembayaran pinjaman bank diberi secara automatik kepada golongan B40 dan peniaga kecil, namun mereka perlu memohonnya.

Join Telegram Rasmi: http://t.me/mingguankerja

“Golongan B40 dapat lanjutan moratorium secara automatik. Golongan peniaga kecil dapat lanjutan secara automatik,” katanya ketika sesi pergulungan perbahasan Belanjawan 2021.

Beliau menjelaskan moratorium juga tersedia untuk golongan M40 dan T20 yang boleh dimohon kepada bank masing-masing.



Beliau bagaimanapun meminta wakil rakyat merenung adakah adil golongan kaya yang mampu membayar hutang diberi moratorium.

“Bukankah lebih baik mereka bayar hutang agar masuk sistem perbankan untuk jana lebih banyak pinjaman khusus kepada perniagaan dan industri yang cipta pekerjaan,” katanya.

Apa Itu Lanjutan Moratorium?

Untuk makluman anda, moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda. Untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia, kerajaan dan Bank Negara telah memperkenalkan moratorium COVID-19 pada 1 April 2020 selama 6 bulan, yang asalnya dijangka berakhir pada 30 September 2020.

Join Telegram Rasmi: http://t.me/mingguankerja

Selain itu, bank Negara Malaysia telah mengeluarkan maklumat lanjut mengenai moratorium bersasar dan fleksibiliti pembayaran balik kepada pihak bank bagi individu dan peminjam lain termasuk Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM

Berikut kami kongsikan dengan anda syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan lanjutan moratorium ini

SIAPA YANG LAYAK BUAT PERMOHONAN?

1. Golongan B40
2. Golongan M40
3. Golongan T20

Maklumat Tambahan:

Untuk makluman, lanjutan ini tidak akan menjejaskan laporan kredit CCRIS peminjam.

CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM

Mereka yang ingin membuat permohonan lanjutan moratorium dan fleksibiliti bayaran balik pinjaman boleh ikuti cara-cara yang disediakan di bawah:

Peminjam boleh mula menghubungi bank atau AKPK bermula sekarang.
  1. Hubungi pihak bank yang terlibat.
  2. Menerusi panggilan tersebut, peminjam perlu memohon untuk melaksanakan moratorium bersasar atau fleksibliti pembayaran balik.
  3. Pihak bank akan menyatakan jadual dan terma pembayaran balik yang baharu.
  4. Pihak peminjam perlu memahami dan jika berpuas hati, pihak peminjam boleh menyatakan persetujuan.
  5. Jika pelan yang ditawarkan tidak dipersetujui, terdapat dua langkah lain yang boleh dilakukan iaitu:
Maklumat Tambahan: 

– Peminjam boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
– Bagi PKS, peminjam boleh memohon bantuan di bawah Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil.

NOMBOR TELEFON BANK
  1. Bank Simpanan Nasional: 1300-88-1900
  2. Maybank: 1-300-88-6688
  3. CIMB Bank: 03-62047788
  4. Bank Islam: 03-26900900
  5. Bank Rakyat: 1-300-80-5454
  6. Bank Muamalat: 1-300-88-8787
  7. Agro Bank: 1-300-88-2476
  8. AmBank: 03-21788888
  9. Affin Bank: 03-82302222
  10. Hong Leong Bank: 03-76268899
  11. Public Bank: 1-800-22-5555
  12. RHB Bank: 03-9206 8118
  13. HSBC Amanah: 1-300-88-2626
  14. MBSB Bank: 03-20963000
  15. Alliance Bank: 03-55169988
  16. OCBC Bank: 03-83149310
  17. Standard Chartered Bank: 1-300-88-8888
  18. SME Bank: 03-26037700
  19. Bank Pembangunan Malaysia Berhad: 03-26113888
Semoga penulisan ini dapat membantu anda berkaitan dengan informasi lanjutan moratorium bersasar sehingga akhir tahun. 

Post a Comment

0 Comments