Jika janji moratorium dan kwsp tidak tertunai, Najib dan BN akan ambil tindakan lanjut


Melalui tinjauan pasukan Mingguan Kerja, hari ini seluruh warga Malaysia bergemuruh di pelusuk laman sosial tidak kira Facebook, Whatsapp mahupun kumpulan Telegram. Hal ini berkaitan pengumuman rasmi oleh Menteri Kewangan semasa ucapan penggulungan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM & KWSP

Kementerian Kewangan telah memberi jaminan untuk memberi kelulusan secara automatik bagi sebarang permohonan lanjutan moratorium dari golongan B40, M40 serta Perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Bagi golongan B40, kelulusan akan diberi secara automatik dalam masa kurang 24 Jam. Bagi golongan M40 pula, mereka hanya perlu melakukan pengakuan diri dan tak perlu menghantar dokumen. Kelulusan diberi secara automatik antara 1 hingga 5 hari.

Menurut Ahli Parlimen Pekan, Dato Seri Najib Razak, mengambil kira penambahbaikan dan komitmen kelulusan secara automatik ini serta kelulusan pengeluaran KWSP RM10k maka pihak Barisan Nasional bersetuju demi bajet diluluskan secepat mungkin untuk mengelak ketidakstabilan politik negara bertambah teruk pada masa krisis Covid ini.

PANTAU PERLAKSANAAN JANJI KWSP & MORATORIUM

Beliau menambah, sama ada bagi komitmen kelulusan automatik moratorium atau pengeluaran KWSP, PEMUDA UMNO berjanji untuk memantaunya dari segi perlaksanaannya. 

"Mohon semua berhubung dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di cawangan masing-masing sekiranya masih dipersulitkan dengan pelbagai syarat tidak munasabah, jika komitmen serta janji kerajaan PN ini tidak tertunai maka BN akan mengambil tindakan lanjut."