Cara Daftar i-Saraan KWSP Untuk Bekerja Sendiri / Suri Rumah ~ Terima Insentif RM250 Setahun


Tahukah anda, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada menyediakan inisiatif bagi mereka yang bekerja sendiri samada dalam sektor ekonomi gig, surirumah dan sebagainya. Inisiatif ini adalah bagi menyediakan platform kepada anda untuk turut mencarum dan melakukan simpanan kewangan melalui KWSP. Peruntukkan geran sebanyak RM50 juta telah dilancarkan melalui Pelan Pemulihan Ekonomi bagi program i-Saraan ini.

i-Saraan merupakan sebuah program caruman sukarela KWSP dengan insentif untuk rakyat Malaysia yang bekerja sendiri mahupun surirumah. Setiap pencarum juga berpeluang untuk menerima insentif khas dari kerajaan sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setiap tahun kepada ahli berdaftar di bawah usia 55 tahun dalam program i-Saraan ini.

Pada entri kali ini, Mingguan Kerja akan berkongsi cara mengemukakan permohonan serta pendaftaran i-Saraan KWSP merangkumi syarat kelayakan, kelebihan insentif dan sebagainya.

SYARAT KELAYAKAN I-SARAAN
  • Warganegara Malaysia
  • Bekerja Sendiri
  • Berdaftar sebagai Ahli KWSP
  • Berumur 55 Tahun ke Bawah
  • Melakukan pilihan i-Saraan 'Menghantar borang KWSP 16G (M)'
CONTOH PEKERJAAN MANDIRI
  • Petani / Nelayan / Pemandu Teksi
  • Pengasuh Bayi dan Kanak - kanak
  • Peniaga Kecil / Penjaja
  • Ejen Menerima Komisen (Insuran, Hartanah)
  • Freelancer (Emcee, Pelakon, Penyanyi, Jurulatih, Perunding)
  • Perniagaan Dalam Talian
  • Pemilik Perniagaan (Pemilikan Tunggal / Rakan Kongsi)
  • Peguam / Akauntan / Doktor
  • Surirumah
  • Pekerja Berpencen
KELEBIHAN INSENTIF I-SARAAN

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  • Bantuan Kematian RM2,500
CARA DAFTAR I-SARAAN KWSP
CARA BAYARAN CARUMAN I-SARAAN
  • Perbankan internet
  • Kaunter ejen bank (BSN, Maybank, Public Bank, RHB Bank)
  • Kaunter KWSP