Belanjawan 2021: Belia boleh claim Bantuan E-Wallet RM50 One-Off - Mingguan Kerja!

Terkini

Friday, November 6, 2020

Belanjawan 2021: Belia boleh claim Bantuan E-Wallet RM50 One-Off


Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ringgit secara one-off kepada belia seluruh negara iaitu sebanyak 1.5 juta belia. Program ini berlangsung di bawah Program eBelia.

Dengan peruntukan sebanyak 75 juta ringgit ini akan diberikan kepada belia yang berumur 18-20 tahun sebagai usaha kerajaan mebudayakan transaksi kewangan tanpa tunai.

Menurut Menteri Kewangan lagi, pemberian RM50 ke dalam akaun e-wallet belia ini adalah selaras dengan Strategi 4 iaitu Mengutama Agenda Keterangkuman, Langkah 6: Pembangunan Belia dan Sukan.

"Golongan belia memain peranan penting sebagai antara pelopor dan pengguna dalam mengadaptasi teknologi terkini.

PROGRAM eBELIA KREDIT RM50 secara One-Off

"Ke arah membudayakan transaksi kewangan tanpa tunai, Kerajaan melalui Program eBelia akan mengkreditkan RM50 sec
ara one-off ke dalam akaun e-wallet bagi mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun.

"Dengan peruntukan RM75 juta inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan lebih 1.5 juta belia," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini pada Jumaat.

Ujarnya, belia ialah pemangkin masa hadapan negara dan bagi menyediakan pendedahan alam pekerjaan kepada mereka, kerajaan juga akan menyediakan insentif kepada majikan swasta sebanyak RM1,000 sebulan sehingga tiga bulan bagi setiap graduan baharu yang menyertai program perantisan.

"Sebagai tambahan, majikan juga boleh menuntut geran sehingga RM4,000 untuk program latihan bagi perantis tersebut.

"Program ini dijangka memanfaatkan sehingga 50,000 graduan baharu dengan peruntukan RM250 juta," ujarnya lagi.