Belanjawan 2021: RM 1 Billion Diperuntukkan Untuk Bendung Covid-19 Gelombang Ketiga - Mingguan Kerja!

Terkini

Friday, November 6, 2020

Belanjawan 2021: RM 1 Billion Diperuntukkan Untuk Bendung Covid-19 Gelombang Ketiga


KUALA LUMPUR: Sebanyak RM1 bilion diperuntukkan bagi membendung gelombang ketiga COVID-19 yang bakal merangkumi lima aspek penting.


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata RM475 juta diperuntukkan bagi pembelian bekalan reagen, kit saringan dan bahan guna habis khusus bagi kegunaan Kementerian Kesihatan (KKM).


Beliau berkata, RM318 juta lagi disediakan untuk penyediaan peralatan perlindungan diri (PPE) dan cecair pembasmi kuman kepada petugas barisan hadapan KKM.


"RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menyelaras usaha memerangi COVID-19, dan RM50 juta untuk perolehan peralatan, bekalan ujian makmal


serta ubat-ubatan di Hospital Pengajar Universiti.


"Kita juga akan menambah peralatan pengoperasian kemudahan pergigian, perkhidmatan klinik secara maya serta penyediaan fasiliti zon saringan dan termometer di kemudahan kesihatan bagi memenuhi SOP norma baharu.


"Sejak Mac lalu, kerajaan memberikan Elaun Khas COVID-19 sebanyak RM600 sebulan kepada barisan hadapan KKM dan ia akan diteruskan sehingga ancaman pandemik ini berjaya diatasi.


"Sebagai tambahan, kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian one-off sebanyak RM500 bagi menghargai jasa anggota barisan hadapan KKM yang dijangka memanfaatkan 100,000 petugas kesihatan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.


kredit: bharian.com.my