Cara mohon lesen sementara perniagaan bebas di Kuala Lumpur - Mingguan Kerja!

Terkini

Tuesday, November 10, 2020

Cara mohon lesen sementara perniagaan bebas di Kuala Lumpur

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  memberi kebenaran dan kelonggaran kepada warga kota bagi membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai sekitar bandar raya Kuala Lumpur bermula ahad ini.


Permohonan Lesen Perniagaan Sementara Selama Enam Bulan 

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, beliau menjelaskan para peniaga hendaklah memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL, yang ditawarkan secara percuma. 


Kuala Lumpur menjadi "Wilayah Bebas Berniaga"

Beliau menjelaskan lagi, bermula Ahad 15 Nov ini, Kuala Lumpur akan menjadi wilayah bebas berniaga. Sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih tempat berniaga yang sesuai. Contohnya seperti depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan.


Permohonan Lesen Untuk Makluman Dan Rekod Data DBKL

Berkata kepada pemberita, permohonan lesen ini sebenarnya bertujuan untuk makluman dan rekod data DBKL sahaja. Pemohon akan mendapat lesen sementara sacara automatik dan kemudian DBKL akan membuat pemantauan.


Perbincangan dengan majlis perwakilan penduduk di ibu negara mengenai perkara ini juga diadakan agar pihak berkenaan memberi kerjasama dengan melakukan pemantauan di peringkat komuniti jelas beliau. 

https://www.dbkl.gov.my/perkhidmatan/pelesenan-dan-penjaja/permohonan-lesen/

Berniaga Di Lokasi Yang Selamat, Tidak Menyebabkan Kesesakan Lalu Lintas Dan Menjaga Kebersihan

Beliau juga mengingatkan agar para peniaga tidak berniaga di lokasi yang boleh mengancam keselamatan awam, menyebabkan kesesakan lalu lintas dan perlu menjaga kebersihatan di sekitar ibu kota.