BPN 2.0 - Tarikh & Jumlah Bayaran BPN 2.0 - Kaedah Pembayaran Di Pendalaman Sabah Sarawak Yang Tiada Akaun - Mingguan Kerja!

Breaking

Daftar E-mel Untuk Dapatkan Info Jawatan Terkini!

Sunday, October 4, 2020

BPN 2.0 - Tarikh & Jumlah Bayaran BPN 2.0 - Kaedah Pembayaran Di Pendalaman Sabah Sarawak Yang Tiada Akaun

Melalui perutusan KITA PRIHATIN YAB Perdana Menteri baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan pelbagai jenis bantuan dan pemberian kepada rakyat Malaysia bagi meringankan beban rakyat. Kebanyakan rakyat Malaysia menyambut baik perutusan  Perdana Menteri kita.

Oleh itu, Bantuan Prihatin (BPN) 2.0 akan lebih menekankan bantuan kepada rakyat Malaysia bermula daripada golongan B40, M40 sehinggalah kepada majikan dan usahan PKS Mikro Melalui GKP 2.0 

Tarikh Pembayaran  BPN 2.0

Melalui BPN 2.0 seperti yang dijelaskan oleh pihak LHDNM, tarikh pembayaran BPN 2.0  akan dibayar secara 2 fasa seperti berikut:

  • Fasa Pertama: Penghujung Oktober 2020
  • Fasa Kedua: Januari 2020

Jumlah Bayaran BPN 2.0 Mengikut Fasa

Berikut dikongsikan jadual jumlah bayaran mengikut fasa seperti yang dinyatakan oleh pihak LHDNM:



Kaedah Pembayaran BPN 2.0 Bagi Penerima Pedalaman Sabah Sarawak

Mesti anda tertanya-tanya bagaimanapula dengan penerima pembayaran kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak?
  • Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula bulan Januari 2021 dan bayaran dibuat secara penuh melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
  • Bagi mereka yang mempunyai akaun aktif, wang akan masuk terus ke akaun anda. Manakala yang gagal kredit perlu membuat tuntutan di Cawangan BSN.

Bagi permohonan dan Semakan BPN 2.0, anda bolehlah klik pautan di bawah untuk mengetahui maklumat lebih lengkap tentang panduan BPN 2.0.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan kekeliruan berkaitan BPN 2.0, maklum balas dan sebarang pertanyaan anda boleh dimajukan kepada LHDNM melalui berikut: 

No comments:

Post a Comment