Semakan & Pendaftaran Online Telefon Pintar Percuma Keluarga B40 2020 - Mingguan Kerja!

Breaking

Daftar E-mel Untuk Dapatkan Info Jawatan Terkini!

Sunday, August 2, 2020

Semakan & Pendaftaran Online Telefon Pintar Percuma Keluarga B40 2020





Tatacara permohonan telefon pintar percuma B40 bagi pelajar sekolah dari ytl foundation. Teruskan membaca info menarik yang dikongsikan di halaman Mingguan Kerja ini.

Baru-baru ini, satu pengumuman telah diberikan oleh Yayasan YTL foundation yang mana di bawah Inisiatif Belajar Dari Rumah atau Learn From Home Inisiative anjurannya untuk memberikan telefon percuma kepada golongan B40.

Ini adalah tambahan kepada kad SIM YES 4G yang juga dilengkapkan dengan bantuan data internet percuma 120GB selain pemberian sumber pelajaran kepada para pelajar sekolah kerajaan.

Telefon pintar percuma B40 ditawarkan oleh Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications kepada para pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki peranti mudah alih atau telefon pintar bagi sesi pembelajaran di bawah.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cara membuat permohonan telefon pintar tersebut, sila ikuti perkongsian di bawah. Nak tonton tv pendidikan pun lebih mudah jikalau anda berjaya dapat bantuan hebat ini.


Cara Mohon Telefon Pintar Percuma B40

Borang percalonan di bawah hendaklah diisi bagi para guru yang mewakili pelajar. Sebelum mendaftar, sila bersedia dengan maklumat berikut :

  1. Nama serta nombor kad pengenalan pelajar
  2. Nombor kad pengenalan anda
  3. Nama dan nombor kad pengenalan ibubapa

PERKARABUTIRANNYA
Pautan borang permohonan telefon pintar b40https://appform.prod.frogdev.asia/
Soalan Lazim Berkenaan Bantuan Inihttps://ytlfoundation.org/belajardarirumah-faq/
Untuk menerima bantuan telefon free ini berserta dengan data, hanya guru sahaja yang boleh mencalonkan para pelajar yang berhak dan layak.

Kerjasama Guru Sekolah Anda Diperlukan

Para guru sekolah kerajaan dipohon oleh Yayasan YTL untuk memberi kerjasama dengan tampil membantu memberikan nama pelajar yang layak bagi memastikan pemberian telefon pintar kepada keluarga yang memerlukan, ini kerana guru-guru adalah barisan yang terbaik untuk mengenal pasti keluarga ini.

Ikuti cara membuat permohonan telefon pintar di perkongsian di bawah bagi semua guru sebagai pejuang barisan hadapan yang mewakili pelajar yang memerlukan.

Kriteria Permohonan Smarphone Percuma

Kriteria berikut mestilah dipenuhi oleh guru bagi membuat permohonan :

  • Guru yang terlibat mencalonkan pelajar masih berkhidmat di sekolah rendah ataupun menengah kerajaan.
  • Calon pelajar adalah daripada golongan keluarga B40
  • Calon pelajar itu mestilah merupakan pelajar sekolah di mana guru tersebut berehat.
  • Ibubapa pelajar dan guru berkenaan akan menerima notifikasi menerusi SMS dan emel bagi pencalonan yang berjaya.
Proses Pendaftaran

Ibubapa pelajar akan dimaklumkan sekiranya pencalonan tersebut berjaya. Kemudian, bagi mendapatkan telefon pintar percuma dengan data 120GB (10GB sebulan selama 12 bulan), pendaftaran hendaklah dikemukakan oleh ibubapa.

a. Proses pendaftaran hendaklah diikuti oleh ibu bapa serta maklumat terperinci dikemukakan dan memuat naik dokumen di bawah :

  • I. Satu salinan MyKad ibubapa
  • II. Satu salinan MyKad/MyKid pelajar
  • III. Sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40, mesti juga memuat naik bukti anda penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.
b. Untuk mengelakkan sebarang unsur penipuan dan mengesahkan kelayakan penerima, maklumat di atas diperlukan.

Notifikasi e-mel berkenaan penghantaran telefin akan diterima oleh ibubapa sebaik sahaja maklumat yang diberikan oleh ibubapa semasa proses pendaftaran dapat disahkan.

Agar proses pendaftaran berjalan lancar, maklumat yang diisi hendaklah dipastikan betul dan lengkap.

Semakan Telefon Pintar Percuma B40

Alhamdulillah keputusan permohonan yang telah dilakukan sebelum ini telah pun keluar. Untuk mengetahui samada status permohonan anda atau anak anda lulus atau tidak boleh

PERKARABUTIRANNYA
Semakan Onlinehttps://lcs.yes.my/
1) Klik pada pautan di atas, dan pilih inisiatif pilihan anda
2) Isi No Kad Pengenalan ibu bapa yang digunakan semasa proses pendaftaran sebelum ini
3) Masukkan Mykid pelajar sekolah (anak anda)
4) Tekan butang hantar untuk melihat semakan keputusan permohonan
Semakan Manual(i) Keputusan permohonan akan dihantar melalui yang anda daftar semasa proses permohonan sebelum ini. Email tersebut akan memuat butiran termasuk apa langkah yang perlu dilakukan selepas itu termasuk berkongsi beberapa dokumen yang diperlukan
(ii) Anda perlu upload beberapa dokumen seperti
– 1 copy mykad atau mykid
– 1 copy mykad mak ayah
– 1 copy surat bantuan sara hidup sebagai bukti anda adalah penerima BSH yang sah



Soalan Lazim

1. Bagaimana saya hubungi pihak YTL Foundation?

YTL Foundation (421570-A)
Level, Menara YTL
205, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Emel: ytlfoundation@ytl.com.my
Hotline: 03-20380888

2. Adakah telefon yang diberikan ini boleh membuat panggilan?

Ya. BOLEH. Selain anda menikmati kemudahan keseluruhan internet percuma berjumlah 120GB untuk selama 12 bulan iaitu 10Gb setiap bulan.

Selain itu, anda boleh call secara percuma selama 60 minit ke talian YES atau talian lain yang sah selama 12 bulan atau setahun

Anda juga boleh hantar SMS secara percuma TANPA HAD untuk talian YES

3. Adakah telefon pintar percuma ini perlu dipulangkan semula selepas ini?

Tidak, jika samartphone ini telah diberikan kepada anda, ia akan menjadi hak milik anda sepenuhnya

4. Saya masih belum daftarkan anak saya untuk mohon bantuan ini? Masih boleh mohon lagi?

Ya. Masih boleh lagi. Dipersilakan. Sudah ramai yang telah berjaya dapat

P/S : Sebarkan bantuan telefon pintar PERCUMA dan smartphone FREE yang ditawarkan oleh sektor swasta ini di Facebook dan Whatapps ahli keluarga dan kawan-kawan anda, supaya lebih ramai dapat belajar secara online dan mudah ini. Sudah ramai yang telah BERJAYA CLAIM!

1 comment: