Juruterbang Dipercayai Bunuh Diri Akibat Tekanan Diberhentikan Kerja – Polis - Mingguan Kerja!

Breaking

Daftar E-mel Untuk Dapatkan Info Jawatan Terkini!

Wednesday, August 5, 2020

Juruterbang Dipercayai Bunuh Diri Akibat Tekanan Diberhentikan Kerja – Polis



KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Seorang juruterbang dipercayai membunuh diri dengan terjun dari sebuah kondominium di Bandar Kinrara, Serdang pada Isnin lepas akibat tekanan yang dialami selepas diberhentikan kerja dua bulan lepas, menurut polis.

TERJUN DARI TINGKAT 12

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata lelaki berusia 35 tahun itu maut selepas dipercayai terjun dari unit kediamannya di tingkat 12 pada kira-kira 3 petang hari kejadian.

“Hasil pemeriksaan polis di sekitar kawasan berkenaan bagaimanapun tidak menemukan sebarang kesan mencurigakan atau apa jua unsur jenayah.

“Mangsa dipercayai dalam keadaan tidak dapat mengawal diri bertindak terjun dari rumahnya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

DIBERHENTIKAN KERJA DUA BULAN LEPAS

Menurut beliau, soal siasat ke atas saksi yang berada di tempat kejadian memaklumkan lelaki itu merupakan seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan tempatan dan telah diberhentikan kerja dua bulan lepas.

Ismadi berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan akibat jatuh dari bangunan.

Katanya polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan beliau menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang komen yang boleh mengganggu siasatan serta mengguris hati keluarga mangsa.


Sumber : SiakapKeli

No comments:

Post a Comment