Permohonan Online Serta Semak Status Bantuan Ibu Tunggal RM300 (BKIT) - Mingguan Kerja!

Breaking

Daftar E-mel Untuk Dapatkan Info Jawatan Terkini!

Wednesday, August 5, 2020

Permohonan Online Serta Semak Status Bantuan Ibu Tunggal RM300 (BKIT)




Melalui insentif  PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Bantuan Khas Ibu Tunggal sebanyak RM300 secara one-off akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak.

Berikut syarat kelayakan dan cara daftar permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) yang perlu anda tahu: 



Bantuan Khas Ibu Tunggal adalah berdasarkan pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM boleh mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020 melalui Pejabat Pembangunan Wanita, JKM Negeri dan menerusi portal JPW.

PERMOHONAN DAN SEMAK STATUS BANTUAN IBU TUNGGAL RM300 ONLINE (BKIT)


Berikut merupakan maklumat berkaitan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) termasuk syarat kelayakan, jumlah bantuan dan cara-cara pendaftaran serta semakan status kelayakan. 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IBU TUNGGAL


1. Penerima mestilah warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran (Definisi IbuTunggal). 

3. Pendapatan Isi Rumah hendaklah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK 
  semasa  iaitu RM960 atau perkapita RM244.

CARA DAFTAR BANTUAN IBU TUNGGAL




Pendaftaran bantuan ibu tunggal ini boleh dibuat secara atas talian  menerusi laman web https://www.jpw.gov.my/permohonan-bantuan-ibu-tunggal/

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL


1. Bagi anda yang sudah membuat permohonan boleh semak status menerusi laman web rasmi http://bkit.jpw.gov.my/semakan pemohon.



2. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik pada butang ‘Cari’.

Keputusan akan dipaparkan sama ada LULUS atau GAGAL.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN IBU TUNGGAL


Pembayaran bantuan ibu tunggal akan dimasukkan ke akaun bank pemohon yang layak. Paling utama akaun bank mestilah aktif. Bayaran telah bermula sejak Julai sehinggalah November 2020.

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi :


Jabatan Pembangunan Wanita,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Aras 23-25, No. 55,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya, Malaysia

No. Tel : 03 – 8323 1000
No. Faks : 03 – 8323 2034
Email : infojpw@jpw.gov.my
Web : www.jpw.gov.my

No comments:

Post a Comment