Permohonan Rayuan Secara Online Dan Manual (Borang) Bantuan Sara Hidup Fasa 3 BSH 2020 - Mingguan Kerja!

Breaking

Daftar E-mel Untuk Dapatkan Info Jawatan Terkini!

Thursday, August 6, 2020

Permohonan Rayuan Secara Online Dan Manual (Borang) Bantuan Sara Hidup Fasa 3 BSH 2020







Permohonan Rayuan Secara Online Dan Manual (Borang) Bantuan Sara Hidup Fasa 3 BSH 2020  Untuk pengetahuan semua rakyat Malaysia, bagi pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 yang permohonannya tidak diluluskan, disini ada berita baik untuk anda. Melalui Kementerian Kewangan Malaysia, bagi pemohon BSH  berstatus tidak lulus, anda bolehlah mengemukakan rayuan bermula daripada hari ini 7 Ogos sehinggalah 6 September 2020. Anda boleh melakukan semakan permohonan secara atas talian iaitu online atau anda menghadirkan diri ke cawangan LHDN yang berdekatan. 


PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN SARA HIDUP BSH 2020 ONLINE DAN MANUAL (BORANG)



Untuk pengetahuan semua, berikut merupakan maklumat tentang Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa Ketiga termasuk perkongsian  tarikh, jumlah bayaran dan cara rayuan :


TARIKH RAYUAN BSH 2020

Untuk permohonan mereka yang tidak lulus, anda bolehlah membuat permohonan rayuan BSH 2020 yang  dibuka bermula hari ini.

Tarikh Rayuan BSH 2020: 7 ogos sehinggalah 6 September 2020


CARA MOHON RAYUAN BSH 2020

A. Secara Online

1. Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dilakukan secara online di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my. Permohonan rayuan secara atas talian (online)  hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja.

2. Seterusnya, sekiranya dipaparkan ‘Rayuan’, anda boleh kemukakan rayuan BSH secara online.

3. Kemudian, lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk dikemaskini.

4. Apabila selesai permohonan rayuan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.



Bagi  permohonan rayuan BSH 2020 secara online hanya dibenarkan bagi kod yang tidak lulus BSH tertentu sahaja seperti berikut:



B. Secara Manual

1. Selain daripada status tidak lulus berkenaan, rayuan BSH 2020 boleh juga dibuat di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar.

2. Pemohon boleh muat turun borang permohonan rayuan BSH 2020 menerusi pautan https://bsh.hasil.gov.my/Download/Borang/2020/BK-07(BorangPermohonanRayuanBSH2020).pdf

3. Pastikan anda membawa beberapa dokumen sokongan yang diperlukan mengikut kod tidak lulus BSH masing-masing. Anda boleh muat turun Borang Serahan Dokumen BSH 2020 disini.



Tambahan: Bagi anda yang ingin membuat rayuan BSH 2020 di kaunter LHDN, sila semak rujuk kod tidak lulus BSH dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk rayuan dokumen sokongan BSH.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020

Maklumat keputusan permohonan rayuan BSH 2020 akan dimaklumkan selepas permohonan rayuan ditutup.

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi di talian :
Web : https://bsh.hasil.gov.my/
Hotline BSH LHDNM : 1-800-88-2747.
Hotline BSH MoF : 03-8882-4565
Emel : bsh@treasury.gov.my

No comments:

Post a Comment