Tidak Dapat Bantuan Sara Hidup? Ikut Cara Mudah Ini Untuk Mohon Rayuan BSH2020 - Mingguan Kerja!

Breaking

Daftar E-mel Untuk Dapatkan Info Jawatan Terkini!

Monday, July 27, 2020

Tidak Dapat Bantuan Sara Hidup? Ikut Cara Mudah Ini Untuk Mohon Rayuan BSH2020





Kerajaan telah melaksanakan pembayaran BSH fasa 3 pada 24 Julai. Tempoh permohonan rayuan BSH 2020 pula akan mula dibuka semula pada 7 Ogos hingga 6 September nanti. Permohonan rayuan ini boleh dibuat secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my atau secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri berhampiran anda.

Berikut proses permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup melalui sistem MyBSH. Rayuan Bantuan Sara Hidup ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Namun rayuan ini tidak layak jika pemohon tidak memenuhi syarat permohonan BSH. Antaranya:

  • Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  • Menetap di luar negara
  • Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  • Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  • Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  • Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  • Pemegang saham / pengarah syarikat
  • Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  • Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  • Memiliki motosikal melebihi 500cc
  • Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000
Semakan Kelulusan BSH Fasa 3

Untuk makluman, pembayaran BSH melibatkan 3 fasa iaitu:

  • Fasa 1: Januari 2020
  • Fasa 2: Mac 2020
  • Fasa 3: Julai 2020
Fasa 1 dan 2 melibatkan 3.8 juta penerima. Manakala fasa 3 melibatkan 4.28 juta penerima termasuk penerima rayuan BSH sebelum ini.

Bagi anda yang telah membuat permohonan rayuan, anda boleh semak status permohonan / kelulusan BSH anda di portal rasmi Bantuan Sara Hidup.

Layari https://bsh.hasil.gov.my/SemakanBujang.aspx dan hanya masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.


Mohon Rayuan Bantuan Sara Hidup

Sekiranya pemohon ingin membuat permohonan rayuan, pastikan anda cukup syarat seperti:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah
  • Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)
Hubungan anak mestilah :

  • Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  • Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid)
  • Tiada punca pendapatan / tidak bekerja
  • 19 tahun ke atas yang masih belajar di Universiti Awam
  • OKU
Permohonan Rayuan BSH 2020

Berikut dikongsikan FAQ Rayuan BSH yang rasmi:

Sekiranya anda memenuhi syarat di atas namun gagal semasa pendaftaran Fasa 1 & 2 sebelum ini, anda boleh membuat permohonan rayuan semula.

Ketika pemberian BR1M tahun lepas, permohonan rayuan hanya untuk lima golongan berikut:

  • Kod tidak lulus (05) – Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
  • Kod tidak lulus (06) – Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan melebihi RM2,000
  • Kod tidak lulus (07) – Pemohon disenaraikan sebagai penerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
  • Kod tidak lulus (14) – Pendapatan bulanan isi rumah yang dilaporkan pada borang melebihi RM4,000
  • Kod tidak lulus (15) – Pendapatan bulanan yang dilaporkan melebihi RM2,000

Untuk BSH kami masih menunggu pengumuman rasmi senarai layak membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup 2019 / 2020.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal rasmi BSH KLIK DI SINI.

No comments:

Post a Comment