SPA Buka Pengambilan Besar Besaran 400+ Jawatan PTD Tahun 2020 ~ GAJI RM2,422.00 - RM9,631.00 - Mingguan Kerja!

Breaking

Daftar E-mel Untuk Dapatkan Info Jawatan Terkini!

Wednesday, July 22, 2020

SPA Buka Pengambilan Besar Besaran 400+ Jawatan PTD Tahun 2020 ~ GAJI RM2,422.00 - RM9,631.00




SPA Buka Pengambilan Besar Besaran 400+ Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Tahun 2020 ~ Mohon Segera (tertakluk kepada tarikh tutup setiap jawatan) kepada mereka yang berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang dipaparkan dihalaman Mingguan Kerja.

Pengambilan jawatan kosong ini telah dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat dengan jawatan kosong tertera. Sila pastikan anda baca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong ini.

Maklumat Jawatan :

Jawatan yang ditawarkan :


1. Kadet Pegawai Tadbir Diplomatik M41
--------------------------------------------------------

Kelayakan Minima : Ijazah Sarjana Muda
    • Lokasi : Seluruh Negara
      • Tarikh Tutup : 27 Julai 2020
      • GAJI : RM2,422.00 - RM9,631.00
      • KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM225.00
        Untuk Memohon, Rujuk Pautan Berikut


        • 2. Sekiranya diperlukan, pemohon yang belum mendaftar akaun hendaklah mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang permohonan jawatan.
        • 3. Pemohon haruslah mengisi maklumat lengkap diri serta memastikan untuk memuat naik resume pemohon yang terkini serta dokumen berkaitan.
        • 4. Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 27 Julai 2020.
        • 5. Hanya calon yang memiliki kelayakan sahaja bakal dipanggil untuk sesi temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya.
        • 6. Untuk maklumat lanjut & syarat-syarat kelayakan jawatan ini, sila klik pada pautan berikut : KLIK SINI

        SYARAT LANTIKAN



        1. Calon-calom bagi lantikan haruslah memiliki kelayakan seperti berikut:

        • Warganegara Malaysia

        • berumur lebih dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

        • pemegang ijazah sarjana muda kepujian yang telah diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan ataupun kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        • (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00); atau
        • pemegang ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan ataupun kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        • (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14); atau
        • pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan ataupun kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        • (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48);
        • lulus dalam peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan
        • hadir serta lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.
        SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU



        2. Pendaftar bagi lantikan haruslah mempunyai sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

        DESKRIPSI TUGAS :

        Merancang, melaksanakan serta 
        menggubal dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, pentadbiran, ekonomi dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan serta pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan juga hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara bahkan juga pengurusan teknologi maklumat.

        No comments:

        Post a Comment