Cara Daftar Sistem Permohonan Pekerjaan Untuk Belia - eBelia IYRES - Mingguan Kerja!

Breaking

Daftar E-mel Untuk Dapatkan Info Jawatan Terkini!

Tuesday, July 21, 2020

Cara Daftar Sistem Permohonan Pekerjaan Untuk Belia - eBelia IYRES





Dalam usaha bagi membantu golongan remaja / belia menghadapi pasca pandemic COVID-19 di negara ini, KBS berperanan untuk menyediakan platform one-stop center kepada seluruh belia bagi mendapatkan maklumat berhubung inisiatif yang disediakan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan seperti peluang pekerjaan dan penciptaan pekerjaan.

Platform ini digerakkan melalui sinergi serta koordinasi multi sektor agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan dalam aspek pembangunan sosioekonomi golongan remaja / belia terutama menjelang pasca COVID-19.

Melaui Platform eBelia IYRES ini, ahli berdaftar dapat untuk :

  • Peluang Pekerjaan Semasa
  • Peluang Dana & Kemudahan Kerajaan
  • Peluang Latihan Kemahiran
  • Peluang Penyelidikan Empirikal di Pelbagai Peringkat
  • Informasi Semasa Berkaitan Belia
Apa Itu Profil Belia ?

Profil Belia adalah satu sistem berpusat bagi mengumpulkan data-data berkaitan profil belia di seluruh negara.

Siapa Yang Boleh Mendaftar?

Golongan belia yang berumur 15-40 tahun (berdasarkan Akta Pembangunan Belia & Pertubuhan Belia 2017 dan didaftarkan secara sukarela).

Maklumat yang telah didaftarkan adalah sulit dan pihak IYRES tidak akan menyerahkan data ini kepada pihak lain.

Data ini tertakluk di Bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Apakah Manfaat Yang Boleh Diperolehi Jika Belia Mendaftar Dalam Profil Ini?

  • Menjadi kumpulan yang terawal mengetahui makluman aktiviti semasa yang dianjurkan oleh KBS serta agensi-agensi yang berkaitan.

  • Berpeluang untuk menerima jemputan menyertai program-program anjuran KBS/IYRES yang berhampiran dengan alamat anda.

  • Berpeluang untuk menjadi ahli IYRES Community Enumerator (Enumerator, Pengekod Data, Transcriber) dan responden dalam penyelidikan yang dijalankan oleh pihak IYRES.

  • Mewujudkan hubungan interaktif bersama IYRES sebagai pusat rujukan penyelidikan pembangunan belia.
Cara Mendaftar Portal eBelia

Berikut merupakan langkah-langkah untuk anda mendaftar di dalam Portal E-Belia:

  1. Layari http://ebelia.iyres.gov.my/
  2. Klik butang 'daftar'.
  3. Isi maklumat lengkap merangkumi nama penuh, nombor kad pengenalan, kata laluan, serta alamat emel.
  4. Setelah selesai, klik butang 'daftar pengguna'.
  5. Pergi ke emel anda dan klik 'sahkan akaun' yang terdapat dalam emel tersebut.
  6. Anda akan dibawa ke tab browser yang baharu dan anda akan dimaklumkan bahawa pendaftaran anda telah berjaya.
  7. Kemudian, anda boleh log masuk dengan memasukkan emel dan kata laluan anda.
  8. Setelah berjaya masuk, anda akan dipaparkan dengan dashborad profil anda.
  9. Klik butang 'MyDashboard' dan kemudiaan klik Kemaskini Profil pada side menu untuk mengemaskini profil anda.
  10. Selain daripada itu, anda juga boleh mengemaskini pengalaman terdahulu dan dokumen sokongan anda menerusi side menu tersebut.
Info dan Maklumat Lanjut

Bagi para remaja / belia yang ingin mendapatkan info atau maklumat yang lebih lanjut mengenai portal eBelia IYRES ini, anda boleh terus layari laman web http://ebelia.iyres.gov.my/.

Anda juga boleh menghubungi pihak Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan di talian +603-8871 3344/3389 atau emel : info[at]iyres.gov.my.

No comments:

Post a Comment