Bermula 27 Mei, Kenderaan Persendirian Boleh Bawa Penumpang Ikut Kapasiti Kenderaan Masing-Masing -Ismail Sabri - Mingguan Kerja!

Breaking

Dipanggil Exam SPA 13 Julai 2020?

Daftar E-mel Untuk Dapatkan Info Jawatan Terkini!

Tuesday, May 26, 2020

Bermula 27 Mei, Kenderaan Persendirian Boleh Bawa Penumpang Ikut Kapasiti Kenderaan Masing-Masing -Ismail Sabri

Lepas Kena Roadblock Baru Mengaku Hadiri Himpunan Tabligh - Minda ...

PUTRAJAYA, 26 Mei (Bernama) — Bermula esok (hari ini), pemandu kenderaan persendirian boleh membawa penumpang mengikut kapasiti kenderaan masing-masing yang sebelum ini dihadkan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan selain daripada ahli keluarga, penumpang mestilah terdiri daripada orang yang tinggal serumah dengan pemandu.

“Jika multi purpose vehicle (MPV) (kenderaan pelbagai guna) kapasitinya adalah tujuh penumpang, jadi bermula esok mereka boleh membawa penumpang dengan jumlah maksimum.

“Pemandu harus mengikut kapasiti kenderaan masing-masing seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333),” katanya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata perkara itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Perkara itu telah diwartakan dalam Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.6)(Pindaan) 2020.

Pada PKP fasa kedua yang bermula 1 April, kerajaan menguatkuasakan pelaksanaan satu orang satu kenderaan manakala kelonggaran kepada dua penumpang dalam satu kereta pula diberikan ketika PKP fasa keempat yang bermula 29 April.

Dalam PKP Bersyarat pula, kerajaan mengehadkan hanya empat orang dalam keluarga yang sama boleh menaiki kenderaan persendirian.

No comments:

Post a Comment