Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Imigresen Gred KP19 - Mingguan Kerja!

Breaking

Daftar E-mel Untuk Dapatkan Info Jawatan Terkini!

Wednesday, March 11, 2020

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Imigresen Gred KP19



Peperiksaan Online Pegawai Imigresen Gred KP19

Pengambilan bagi Pegawai Imigresen Gred KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia sedang giat berjalan dan akan dilakukan tidak lama lagi. Jika anda salah seorang calon untuk exam 20 Mac nanti, Anda berada ditempat yang betul. 


Tahun 2020 ini, SPA dijangka akan membuka ribuan peluang pengambilan pegawai baru bagi ditempatkan di banyak kementerian, jabatan di seluruh negara. Anda cukup bertuah kerana dipanggil untuk peperiksaan online kali ini kerana agak lama jawatan ini dibuka bagi pengambilan baru.

Ini merupakan salah satu peperiksaan utama Bulan Mac ini setelah Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 pada pertengahan bulan Februari lepas.

Semakan Calon

Sebelum anda mengisi borang disini pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu bagi mendapatkan angka giliran dan juga akses untuk peperiksaan online nanti. Anda boleh menyemak di

http://e-semakan.spa.gov.my/pegawai_imigresen

Jika ada maklumat anda, tahniah, Anda kini selangkah untuk menjawat jawatan pegawai imigresen.


Format Peperiksaan Online Pegawai Imigresen

Dalam peperiksaan online kali ini mengandungi 2 seksyen sahaja iaitu daya menyelesaikan masalah dan juga kefahaman bahasa inggeris. Bagi daya menyelesaikan masalah, anda perlu tahu dan ingatkan kembali apa yang anda pelajari ketika Sijil Pelajaran Malaysia dahulu. Begitu juga kefahaman bahasa Inggeris yang baru sahaja diperkenalkan.


Masa sudah suntuk bagi para calon membuat persediaan. Jalan pintas ialah dengan mendapatkan rujukan yang telah disiapkan untuk anda termasuk nota-nota dan juga contoh soalan peperiksaan SPA versi terkini.


SEKSYEN A – DAYA PENYELESAIAN MASALAH

Masa: 25 minit

Bagi seksyen ini calon dikehendaki untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan:

(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran untuk mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Angka yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Calon boleh menggunakan graf, jadual dan sebagainya agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) Konsep-Konsep Matematik (Formula)

Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh itu, soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).


Contoh Soalan :

1) Victor Lee membeli sebuah Sofa dengan harga RM 6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Victor Lee membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A. RM5,640.00
B. RM7,540.00
C. RM4,640.00
D. RM5,540.00



2) Letchumi memerlukan 1 m tali untuk mengikat 4 kotak buah. Berapakah panjang reben yang diperlukannya untuk mengikat 350 kotak buah?
A. 7.85 m
B. 78.5 m
C. 87.5 m
D. 8.75 m
3) Di sebuah pusat kajian perubatan terdapat seramai 40 subjek. 40% didapati mendapat penyakit kaki, mulut dan tangan. ¼ daripadanya sihat dan selebihnya demam. Berapakah jumlah subjek yang demam?
A. 16 orang
B. 18 orang
C. 17 orang
D. 24 orang
4) Sebuah korperasi mempunyai 80 orang pekerja. 25% adalah pekerja pengurusan dan 15% daripadanya adalah pekerja atasan. Berapakah jumlah pekerja selain daripada pekerja pengurusan dan pekerja atasan?
A. 30 orang
B. 35 orang
C. 48 orang
D. 49 orang
5) Valendretha mencatat skor 82,91,86 dan 88 dalam empat kertas ujian percubaan. Berapakah markah yang harus Valendretha capai dalam kertas percubaan kelima untuk mendapatkan purata markah 85?
A. 78
B. 82
C. 83
D. 86
JAWAPAN : 
  1. A
  2. C
  3. B
  4. C
  5. A

SEKSYEN B: KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Masa: 20 Minit

Seksyen ini adalah bagi menguji kemahiran bahasa inggeris calon yang bakal menjadi penjawat awam. Ia tidak terlalu sukar kerana soalan tahap SPM. Tapi jangan pandang ringan bagi seksyen ini.

Contoh Soalan :



1) I have only a _______________ Aidilfitri cards left to write.
A. few
B. fewer
C. less
D. little
2) The sentence below does not have any punctuation. Choose the option with the correct punctuation.
i am a good runner
A. i am a good runner.
B. I am a good runner
C. Im a good runner.
D. I am a good runner.
3) Lee Yong Dae _________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.
A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking
4) Please read the following sentence.
Once Marina lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.
If we change the start of the sentence to:
Writing the essay became easy…
What will the ending be?
A. after starting.
B. after lifting her pen.
C. once Marina lifted her pen and made a start.
D. once she lifted her pen and made a start.
5) Where _____________________ Farhan live?
A. are
B. is
C. do
D. does
Dan banyak lagi contoh soalan yang akan menguji kemahiran bahasa inggeris anda menerusi contoh soalan dan nota yang akan diberikan kepada anda.

Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Imigresen

Bagi mereka yang tak tahu nak prepare apa dan rasa 'kosong', Kami ada menyediakan contoh soalan dan juga nota penting bagi anda kuasai sebelum menjalani peperiksaan online ini.


Tahniah kerana memilih untuk memiliki rujukan persediaan PEGAWAI IMIGRESEN sesi 20 MAC 2020 ini



No comments:

Post a Comment