Terengganu - Cara Mohon Online Lesen Motosikal P & L PERCUMA Sehingga 12 Mac 2020 - Mingguan Kerja!

Breaking

Daftar E-mel Untuk Dapatkan Info Jawatan Terkini!

Thursday, February 20, 2020

Terengganu - Cara Mohon Online Lesen Motosikal P & L PERCUMA Sehingga 12 Mac 2020





Idaman Setiap Pengguna Motosikal yang nak dapatkan lesen P & L percuma? Kini anda boleh memohon untuk buat lesen motosikal P & L secara PERCUMA melalui program LMTS Tahun 2020.

Baca juga: Bekerja Sendiri Pun Ada Duit Pencen! Cara Mohon Skim i-Saraan KWSP 2020

LMTS merupakan inisiatif serta manifiesto dari Kerajaan Negeri Terengganu, yang menawarkan peluang kepada rakyat Negeri Terengganu memiliki lesen motosikal secara percuma untuk tahun 2020.

Program ini bermula pada bulan Februari menerusi Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) 2020. Pendaftaran boleh dilakukan mulai 20 Februari 2020 sehingga 12 Mac 2020.

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan seperti berikut:





Syarat-Syarat Kelayakan Program LMTS

  1. Program Lesen Motosikal B2.
  2. Dibuka untuk 25,000 orang yang layak.
  3. Berumur dari 16 hingga 40 tahun.
  4. Bujang atau sudah berkahwin.
  5. Anak jati Terengganu atau bermastautin lebih 10 tahun. Pengesahan Penghulu atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diperlukan.
  6. Permohonan pertama kali pertama sahaja.
  7. Pendapatan tidak lebih daripada RM2,000 sebulan.
  8. Pelajar sekolah, Institut Pengajian Tinggi (IPT), pusat kemahiran layak dan perlu disahkan masih belajar oleh pusat pengajian atau Penghulu Mukim atau MPKK.
  9. Latihan atau kursus dalam negeri Terengganu sahaja.
  10. Bebas daripada saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jika ada, pemohon perlu lebih dahulu menjelaskan saman JPJ atau PDRM.
  11. Kos ditanggung oleh kerajaan negeri adalah kos buat LESEN sahaja tidak termasuk kos lain-lain yang dikenakan oleh institut memandu.
Cara Mohon Online / Manual Lesen Motosikal Percuma

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian atau ‘online’ atau menggunakan borang secara manual.

Permohonan secara online boleh dibuat melalui laman sesawang IDANA Terengganu. Bagi permohonan secara manual pula, sila dapatkan borang di seluruh Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kawasan masing-masing.



Borang permohonan yang telah siap diisi haruslah diserahkan kepada MPKK bersama salinan dokumen seperti berikut:

  • Kad Pengenalan Pemohon
  • Slip gaji @ Pengesahan Tempat Belajar (mana-mana yang berkaitan)
  • Bagi mereka yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh MPKK atau Penghulu Mukim.
  • Pemohon OKU bagi Lesen B2 ini perlu mengepilkan bersama salinan Kad OKU.
Tempoh Permohonan dan Pelaksanaan

Pendaftaran dibuka selama sebulan bermula 20 Februari 2020 sehingga 12 Mac 2020. Pelaksanaan program pula akan bermula April hingga Disember 2020.

Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urusetia dan semakan boleh dilayari di laman sesawang http://idana.terengganu.gov.my

No comments:

Post a Comment