Kemaskini 2020 : Cara Semak Online Wang Anda yang Tidak Dituntut (WTD) - Mingguan Kerja!

Terkini

Thursday, January 2, 2020

Kemaskini 2020 : Cara Semak Online Wang Anda yang Tidak Dituntut (WTD)



Berikut disertakan cara-cara untuk melakukan semakan secara online bagi melihat wang tidak dituntut (WTD) kemaskini Tahun 2020 melalui portal rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Sila lihat langkah-langkah yang diberikan dengan teliti sebelum melakukan sebarang kemaskini.

Egumis 2020

Kalau laman tersebut berada dalam keadaan perlahan, tidak boleh buka mohon bersabar kerana waktu sekarang sangat ramai yang membuat semakan.

Kalau tak boleh hari ini boleh buka pada esok hari, minggu depan, atau bulan depan sahaja.

Cara Semak Wang Tidak Dituntut Online (eGumis)


  1. Klik link https://egumis.anm.gov.my/
  2. Klik “pendaftaran”
  3. Isi butiran peribadi
  4. Dah sattle pegi ke bahagian semakan
  5. Isi nombor kad pengenalan
  6. Keluar jumlah duit yang ada dalam akaun bank atas penama seperti dalam gambar bawah ni.


Cara Claim Duit Anda (WTD)

Bila dah periksa dan didapati ada duit anda boleh buat tuntutan seperti berikut:

MUAT TURUN BORANG WANG TAK DITUNTUT (WTD) DI WEBSITE ANM http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/wang-tak-dituntut

Selepas dah semak berapa amaun wang yang ada, klik link website tersebut dan perkara pertama yang harus dibuat adalah muat turun garis panduan permohonan Wang Tak Dituntut (WTD). Setiap borang boleh di muat turun seperti mana yang ditetapkan.

Boleh la sedikit sebanyak tambah wang saku anda sementara tunggu next gaji kerja nanti





Borang lengkap boleh diserahkan terus ke alamat Jabatan Akauntan Negara Malaysia atau, secara pos. Mudah kan?